Pada tengah hari,cuaca matahari terik mengena bumi.Bagi manusia dapat berlindung di tempat yang teduh.Berlindung di dalam rumah.Cahaya dibias ke bumbung sahaja.Rina merehatkan diri.Tidur beberapa minit.Tidur tanpa dengkuran.Tidak lama selepas itu,dia terjaga dari tidurnya,hidungnya mempunyai deria yang hebat apabila dapat bau seperti najis kucing yang sangat busuk.Mengganggu konsentrasinya untuk tidur membuai mimpi indah.
Rina segera bangun.Matanya kenyit-kenyit.Tangannya mengesat matanya membuang taik mata yang terkumpul.Masih lagi menguap beberapa kali.Dia mencari dimanakah arah bau najis kucing itu.Sebelum ini kucingnya hanya diletakkan didalam rumah tanpa sangar.Kucing merata-rata dalam rumahnya.
Sewaktu dia melihat sekeliling dan semua sudut di bawah tangga,tiba-tiba,labah-labah gergasi muncul.
Ahh!!.Dia menjerit sekuat hati.Labah-labah gergasi sebesar empat kali ganda dadu itu, merangka pantas sebaik sahaja mendengar jeritan Rina.Ternyata sama-sama takut...Akhirnya Rina mengambil spray.Peninglah labah-labah itu.Rina bergegas pergi ke bawah tangga,baru sahaja dia hendak mengacukan spray kearah serangga itu,serangga itu melarikan diri.Dia mula membayang bukan-bukan.Sekiranya labah-labah itu merangkak keatas mukanya sewaktu dia tidur.Ya Allah....Takutnya..
No comments:
Post a Comment