........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Tuesday, June 5, 2012

Bag

http://www.maika-etnik.com/#!/

Wednesday, August 24, 2011

Buka puasa

Buka puasa hari ini :

mee kari...
betik...
biskut raya yang saye dan mama buat....

Monday, August 22, 2011

Buku Yang diminati pada bulan ramadhan 2011



INi Adalah sedikit sebanyak tentang buku yg sy minat....
sumber : dari pts






Jangan membentang seolah-olah audiens kita mempunyai masa, perhatian, dan tenaga yang tidak terhad.”
Apabila kita cuba menyuapkan sebiji tembikai besar ke mulut seseorang, mereka akan menolak dan melawan kita. Begitu juga dalam pembentangan. Para pembentang suka menyumbat sejumlah besar maklumat kepada pendengar. Akibatnya, audiens tidak mempedulikan mereka dan mengabaikan mesej pembentangan.
Otak tidak memberi perhatian kepada perkara yang membosankan. Otak juga mengabaikan maklumat yang terlalu banyak. Otak tidak cukup masa menyambung semua titik fakta dalam masa yang singkat bagi mencernanya.
Oleh sebab ini, ramai pendengar tidak mempedulikan pembentangan kita. Dengan tip-tip yang berpengaruh dan teknik yang terbukti berkesan, buku ini dapat membantu kita menjadi pembentang yang hebat.
Berlatih seolah-olah kita yang tercorot. Persembahkan seolah-olah kita yang terbaik.”
Gunakan buku ini supaya kita menjadi pembentang yang hebat dan berkeyakinan tinggi.


Hubungan antara hamba dan pencipta merupakan hubungan tertinggi yang yang asasnya adalah akidah.Hamba yang memahami hubungan ini akan memeliharanya agar ianya berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Andaikata kita mengatakan mencintai hubungan ini, adakah kita sudah membuktikannya. Pembuktian ini tidak cukup sekadar di mulut sahaja melainkan harus dibuktikan dengan tindakan. Sudahkah tindakan kita membuktikan kita mencintai Allah?
Bukankah sebagai makhluk kita harus mengenal siapa pencipta? Amat pelik jika hamba yang tidak mengenali penciptanya.Sebagai hamba, selayaknya mengabdikan diri sepenuh hati mendedikasikan diri dengan penuh cinta, supaya hubungan yang ada antara hamba dan pencipta terjalin dengan mesra seperti sepasang kekasih.



Jihan yang Solehah ini adalah buku cerita kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun.
Mengisahkan seorang puteri yang baik budi pekertinya. Biarpun dia seorang puteri raja yang di sebuah negeri, namun dia gemar merendah diri, beriman kepada Tuhan serta sentiasa mencari jalan membantu rakyat jelata. Sifat-sifat baik ini menjadikan Jihan puteri yang begitu disayangi. Sekiranya kawan-kawan mahu disayangi seperti Jihan, mari hayati kisah-kisah kebaikannya dalam buku ini!


Menceritakan seorang budak perempuan yang sangat menggemari hobi memancing. Walaubagaimanapun, abang tirinya, Aiman tidak sukakan Qistina yang menggemari hobi yang biasanya disukai oleh kaum lelaki itu. Disebabkan hobi Qistina, Aiman sering diejek disekolah kerana memiliki adik yang sukakan hobi lelaki. Jadi Aiman sering mensabotaj Qistina, namun Qistina tetap juga dengan hobinya. Dan dengan memancinglah Qistina memenangi sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah RM 30,000, yang kemudian digunakan bagi menghantar ayah, ibu tiri dan nenek tirinya ke tanah suci. Aiman pula dihadiahkan sebuah basikal yang mahal. Selepas itu, barulah Aiman malu sendiri.
Susyi dan burger? Apa pula kaitannya dengan mereka?


Panduan lengkap dan profesional bagi usahawan SOHO
Bisnes SOHO tidak memerlukan modal yang besar dan dapat dilakukan dari bilik tidur, meja makan, ruang tamu rumah, ataupun dari bilik hostel di kolej penginapan.
Kini, para usahawan berpeluang mengurus SOHO persis gaya CEO syarikat gergasi dunia. Buku ini menjadi panduan lengkap, langkah demi langkah untuk usahawan SOHO yang baru mahupun yang lama bagi memantapkan pengurusan bisnes SOHO. Buku ini membantu usahawan merancang, membina, mengurus, dan mempromosi bisnes mereka.
Tidak semua perkara perlu diuruskan oleh anda sendiri. Buku ini memberikan perincian perkara-perkara yang anda boleh serahkan kepada orang lain bagi diselesaikan. Anda dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.
Anda bosan melakukan rutin harian dan perkara remeh-temeh? Sistem automasi akan membantu anda. Masa anda yang berharga dapat dijimatkan, anda dapat bekerja lebih efektif, dan pastinya lebih produktif.

Untung 600%:
Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk sesiapa sahaja yang mahu mengaut keuntungan sehingga 600% dan memborong pelbagai barangan pada harga yang begitu murah.
Murah dan berkualiti:
China adalah lubuk barangan yang berkualiti pada harga yang murah. Mitos bahawa barangan buatan China rendah kualitinya dinafikan oleh buku ini. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang menyediakan barangan yang bermutu dan memberi panduan kepada kita bagaimana memborongnya pada harga yang murah. Murah dan berkualiti, itulah kata kuncinya.
Tip survival:
Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula anda yang pergi memborong di China. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.
Lengkap dan terperinci:
Inilah kelebihan buku ini. Panduan dalam buku ini membimbing anda bermula dari rumah anda di Malaysia, menjaga keselamatan anda daripada ditipu, menemani anda memborong di China, membantu anda membawa pulang barangan borong ke Malaysia, dan yang paling penting, memuaskan hati anda dengan keuntungan sehingga 600%.
Panduan dan teknik tambahan:
  • Panduan mendapat kadar tukaran wang yang tinggi
  • Panduan memilih produk yang laris di pasaran
  • Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong
  • Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Cina



Perasaan Alina



Cerita ini tiada kaitan dengan makhluk yang hidup ataupun mati



    Pergi sekolah,gogok gigi lalala...eh mana boleh gosok gigi nanti makhruh puasa.Sekarang ni bulan puasa.Apapun terpulang.Eh apa yang dimerepekkan ni.



....Mukaddimah...

   Assalamualaikum....tok..tok..tok..(tangan tidak mengetuk pintu tapi mulut yang sebut tokx3).Alina masuk ke kelas dengan wajah yang ceria meria tanpa masam macam.Sudah lama dia tidak masuk ke kelas itu semenjak dia digesa berpindah ke kelas lain untuk menjalani pembedahan.Oppp...menjalani peperiksaan.Hari ini dia sudah mengetahui dan meyakini bahawa keputusan peperiksaan bagi subjek yang diambil akan diberitahu hari ini.Jantung Alina berdebar-debar menanti saat yang ditunggunya seperti ingin jatuh disambut tilam empuk pula.


  Alina hanya mampu bertawakal setelah berusaha mengulangkaji last minutes.Dia melihat kelibat guru pada masa pertama yang belum muncul.Dia bernafas laju dan mencuri masa untuk berdengus.Dia tidak sabar.Akhirnya guru pertama datang dengan wajah yang masam asam jawa.Alina melihat gurunya dan terus mengeluarkan tisu didalam poket takut-takut gurunya menangis,dia akan menangis juga.



  "Assalamualaikum murid-murid".Lantas guru bahasa melayu yang bernama Aminah memulakan salam.Murid-murid menjawab dengan semangat.Menjawab salam adalah satu kewajipan.

  "Okey...semua boleh duduk ".Suara cikgu Aminah lain macam bunyinya.Alina cuba menahan daripada berprasangka.Cikgu Aminah membelek-belek kertas peperiksaan.Alina mula bimbang akan keputusannya.Dia terbayang akan amaran daripada maknya.

  "Alina,kamu mesti dapat A untuk subjek bahasa melayu.Kalau tak dapat A,Mama akan hantar kamu ke kelas belajar bahasa India di Calcullta.Mama serius ni..."


Bersambung.....