Khat Diwani

TENTANG: Khat ini dicipta oleh Muhammad Munif, disempurnakan bentuknya oleh Syahla Pasya dan al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.
Khat Kufi Mushafi

TENTANG: Khat ini merupakan tulisan diperingkat awal dan juga merupakan asas kepada tulisan Arab. Perkataan kufi diambil bersempena sebuah bandar iaitu kufah di Mesopotamia. Bentuk huruf secara umumnya lurus dan tegak. Dengan peredaran masa, khat ini telah berkembang dan menjalani perubahan dari bentuk asalnya kepada bentuk-bentuk lain.
Khat Thuluth

TENTANG: Dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan tanda dan sebagainya.
Khat Riq'ah

TENTANG: Khat ini dicipta oleh penulis khat Turki Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada tahun 1280H. Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
BENTUK: Ciri-ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, tegak dan tidak menggunakan baris, lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan khat yang lain. Kini Khat Riq'ah adalah pilihan untuk tulisan tangan oleh masyarakat Arab.
No comments:
Post a Comment