1) Tips asas perlu didahulukan. Maka tips pertama untuk menulis novel dengan baik adalahgunakan kesepuluh-sepuluh jari semasa menaip
2) Stick to the point! atau dalam bahasa Melayu - Tumpu pada tajuk.. Berapa banyak idea pun yang ada, pilih idea-idea yang relevan dengan topik sahaja. Kalau nak cerita pasal Jack dan Betti bercinta dalam lokap, jangan pula terbabas sampai cerita pasal pokok pisang Jack, kucing Betti mati, aliran trafik di Pudu Raya yang takde kaitan langsung dengan cinta Jack dan Betti dalam lokap.
4) Kesinambungan dari plot ke plot seterusnya. Tiada masalah kalau penulis stick to the point, plot sungguh tidak akan lari. Tetapi menjadi masalah apabila penulis memerlukan perenggan flash-back atau informasi di dalam naratifnya. Jadi, sempadan antara dua plot mesti jelas. Jangan pula ralit-ralit kita baca pasal kejadian bunuh, lapor polis, jumpa pisau berlumuran darah kemudian rupa-rupanya hero sedang berkhayal dalam jamban semata, ingatkan betul-betul.
3) Pandai olah emosi pembaca. Jangan tulis terlalu serius, jangan terlalu santai, jangan asyik gelak HA HA HA, jangan terlalu lucah, pendek kata jangan keterlaluanlah. Sedap-sedap saja elemen-elemen tersebut. Novel yang baik adalah novel yang seimbang dengan unsur lawaknya, saspensnya, sedihnya, dan bahagianya. Novel yang terlalu serius bukan sebuah novel tetapi layak untuk diklasifikasikan sebagai buku non-fiction, buku ilmiah atau buku akaun bank ;p.
Cuba untuk renggut jantung pembaca dengan melakar kisah ceria dan manis sebelum tiba-tiba melanggar perenggan ceria itu dengan tragedi sedih.
Cuba untuk renggut jantung pembaca dengan melakar kisah ceria dan manis sebelum tiba-tiba melanggar perenggan ceria itu dengan tragedi sedih.
5) Untuk menerbitkan wap-wap emosi ke dalam diri pembaca, pemilihan kata perlu sesuai dengan genre emosi itu. Agar suasana sedih benar-benar sedih, suasana kelakar benar-benar kelakar, dan suasana berat benar-benar berat. Kalau nak buat plot lawak, gunakan perkataan santai atau bombastik. Time serius, gunakan term-term serious, informatif, skema dan ikut standard.
6) Imaginasi. Di muka buku itu perkataan. Di dalam kepala pembaca perkataan itu membentuk imaginasi. Aneh bukan apabila saya hampir melupai kebanyakan tajuk novel yang saya baca di zaman sekolah tetapi saya masih boleh ingat 'gambar-gambar' yang 'ditulis' cantik di dalam novel tersebut. Ada apa pada imaginasi? Check it out:
- Serlahkan keperibadian watak. Fizikal, tutur kata, mimik wajah, perangai, dan sebagainya perlu diserlahkah secara penuh unik, yang mana semua ini membezakan antara watak-watak yang ada. Berikan bentuk imaginasi watak ini secara ringkas kepada pembaca mengambil sifat unik yang paling terserlah. Kurus kering, hitam legam, kerinting, pakai rantai besi sebesar jari, mata kedip-kedip, hidung kemek dsb.
- Imaginasi hero @ heroin. Oh, cukup penting. Hero mesti gediks ada X-factor. Usah cuba samakan hero dengan pelakon popular pula. "Amira menyukai Lokman (hero). Selain wajah Lokman persis Dato K (contoh), Amira juga mendapati dada Lokman bidang dan berbulu". Sampai ke huruf 'K' itu, si pembaca terus menutup buku itu sebab mahu muntah apabila membayangkan wajah Dato K yang telah merampas kekasih hati pembaca iaitu Dato Siti Nurhaliza. Bina personaliti hero/heroin yang unik tersendiri. Berani. Berdarah hidung bila nervous. Clumsy. Pemalu dan whatever supaya hero nampak 'kiut' di mata pembaca.
- Gunakan analogi mudah untuk menerangkan keadaan peristiwa yang lebih kompleks. "Betti yang berbaju kurung memanjat tiang elektrik itu seperti beruk memanjat kelapa." "Di celah runtuhan bangunan yang baru dibom itu Jack menyelusup. Dia merangkak perlahan-lahan menghendap musuh di depan seperti singa menghendap rusa di Afrika."
- Gunakan analogi untuk ukuran. Elakkan ukuran spesifik kecuali yang common seperti 1 kilometer, sekaki, sehasta atau sehektar. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter 10cm. 10 cm sukar untuk dibentuk dlm kepala. Cari benda biasa yang berukuran 10cm. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter sebesar katon bulu tangkis/lengan/tin susu pekat manis hah macam2lah. Tahi hidung sebesar lalat. Makhluk asing sebesar gajah. Lubang hidungnya sebesar bola ping pong. Seluas lima biji padang bola. Sebanyak tujuh kolam olimpik. Setinggi flet 5 tingkat.
6.5) Dialog. Dialog adalah sebuah cerita, cerita adalah dialog. Selalunya sesuatu babak yang baru akan dimulakan dengan imaginasi seperti perkara 6 di atas. Kita reserve beberapa perenggan awal untuk set up persekitaran atau suasana, selepas itu barulah drama disusuli dengan dialog-dialog yang berkesan. Dialog amat penting. Ia mesti melambangkan keperibadian watak dan segar. Janganlah semua watak sama saja cara cakap, gaya bahasanya iaitu gaya sang penulis novel itu sendiri. Penulis mesti cuba untuk 'jadi' pelbagai orang. Bahasa dialog mestilah lancar dan tidak kaku. Kalau watak jahat, kita mesti membenarkan dia menggunakan gaya jahat, jangan sebab kita sopan lalu sopanlah kesemua dialog watak kita. Jangan takut sebab watak itu bukan kita.
7) Monolog. Gunakan naratif monolog untuk perkara nombor 8 di bawah. Baca topik khas monolog DI SINI.
8) Jelaskan perasaan dalaman watak utama hero/heroin. Persoalan dalam fikiran. Perasaan tertentu seperti kesedihan, putus harapan, kekecewaan, atau kegementaran saat-saat saspens. Juga kelemahan hero/heroin seperti gugup, gelabah, penakut, fobia, dsb. Pada setiap babak, dilema dalam fikiran watak amat penting untuk memandu arah pemikiran pembaca.
7) Monolog. Gunakan naratif monolog untuk perkara nombor 8 di bawah. Baca topik khas monolog DI SINI.
8) Jelaskan perasaan dalaman watak utama hero/heroin. Persoalan dalam fikiran. Perasaan tertentu seperti kesedihan, putus harapan, kekecewaan, atau kegementaran saat-saat saspens. Juga kelemahan hero/heroin seperti gugup, gelabah, penakut, fobia, dsb. Pada setiap babak, dilema dalam fikiran watak amat penting untuk memandu arah pemikiran pembaca.
9) Persoalan dan jawapan. Dua perkara ini akan membuatkan novel yang dibaca sukar untuk diletak. Disinilah terletaknya keterujaan untuk membaca novel. Jangan semata harap novel dibaca sebab pembaca itu suka membaca, kesian dia berpeluh nak habiskan 2 muka surat. Maka di awal-awal bab, susun persoalan-persoalan yang mencanakkan sifat ingin tahu pembaca. Sebab itu prolog novel itu sangat menerujakan, sepatutnya. Sesungguhnya sifat ingin tahu orang melayu amat raksasa. Orang kata jangan buat, benda itu yang dia nak buat. Orang kata jangan tengok, dia akan korek sampai dapat. Yang 'bulat' takde apa-apa, tapi kalau tutup sikit-sikit tu dia jenguk sampai nak putus urat leher. (ooppsss). Jadi, gunakan kelemahan-kelemahan ini. Cucuk angin orang kata.
10) Nilai. "Buku apa ni tulis benda sampah!" Very hurting to hear this. Jadi, tulislah novel yang bernilai dari segi agama, moral, sosial, ekonomi dan sebagainya. Maka tulislah sesuatu dengan pengetahuan spesifik atau rujukan yang cukup. Gunakan sepenuhnya kemudahan internet seperti google, howstuffworks, wikipedia, dan laman-laman web spesifik.
11) Pelbagaikan cerita, luaskan idea.untuk tips-tips cari idea melalui brainstorming dan editing.
11) Pelbagaikan cerita, luaskan idea.untuk tips-tips cari idea melalui brainstorming dan editing.
12) sunting. Manuskrip perlu disunting berkali-kali, semakin disunting, semakin ia menjurus ke arah kesempurnaan. Sebelum disunting, peramkan dahulu ia paling kurang seminggu. Agar kepala kembali neutral, segar, basah dan kembali gebu untuk menyunting manuskrip itu dengan sudut yang baharu dan 'hijau'.
No comments:
Post a Comment