........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Sunday, February 27, 2011

Buku Yang Diminati ferbruary 2011



Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemungut barang terbuang yang bernama Hamdal. Meskipun miskin, Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dianiaya sehingga dia dihukum penjara. Rahsia ketenangan Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat duha saban hari.



Alhamdulillah,nafsu saya sangat malas untuk melakukan solat sunat tetapi berjaya sekiranya dilakukan secara ISTIQAMAH (berterusan)




Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.

Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.

Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.
Inilah CITA-CITA saya

sesiapa yang ADA BUKU DIATAS,Saya ingin MEMINJAMNYA.
(Dengan nada yang tidak malu ini)

Silalah kongsi ilmu dengan saya kerana saya seorang penuntut ilmu,sentiasa mengejar ilmu dan seorang pembaca....



No comments:

Post a Comment