mamaku,ayahku
terima kasih melahirkan kami ini didunia,
melihat alam flora dan fauna,
memberikan didikan islam kepada kami lima beradik,
mamaku,ayahku,
banyak yang ayah dan mama korbankan,
tidak terhingga.tiada batas
sentiasa ada aluran seperti air
air yang jernih lagi mendamaikan,
mamaku,ayahku,
pengorbananmu tidak terbalas,
terlalu banyak sangat,
tidak mampu kami hitung dengan anggota badan kami sendiri,
tidak mampu kami kira dengan sepuluh jari kedua tangan dan kaki kami,
mamaku,ayahku,
kami ini tidak terlepas dari membuat kesilapan,
malah,selalu menyusahkan,
ada juga yang menyakitkan,
dan ada tangisan,
air mata mu membasahi kami,
dengan kebahagiaan,keimanan,kegembiraan,
maafkan kami,
ampunkan segala dosa kami,
mamaku,ayahku,
ada kalanya suruhan yang dipinta,
kami endah sahaja,
buat tidak tahu sahaja,
malah lebih dari tiga kali,
kami berdiam diri sahaja,
mamaku ayahku,
mama dan ayah lah yang mencorakkan kami dengan corak yang ..
MashaAllah, tiada bandingannya daripada yang lain,
corak yang lebih daripada berjuta-juta warna,
warna yang beratur dan mengikut urutan,
mamaku ayahku,
terima kasih kerana membuatkan kami
gembira sentiasa,
bahagia sentiasa,
penuh dengan pahit manis dalam kehidupan,
malah manis yang lebih daripada pahit,
mamaku ayahku,
kami berjanji akan membahagiakanmu,
seperti mama dan ayah membahagiakan kami
dari kecil hingga kini,
mamaku,ayahku,
banyak lagi ingin kami kotakan,
banyak lagi ingin kami janjikan,
malah memerlukan berjuta-juta kertas,
bukan kertas hitam
tetapi kertas putih,
agar tulisan kami ini terlihat tersinar dihati mama dan ayah,
mamaku,ayahku,
kami tidak akan terputus-putus mendoakan,
kebahagiaan,kecemerlangan dan kesejahteraan,
kalau boleh kami taknak melihat ayah dan mama sedih,
air yang bergelinangan pada kedua mata,
kami taknak,
kami taknak,
kami taknak,
kami taknak,
mama dan ayah tersayang
ninah iah heroin yang berani dan tidak geli memegang ular
![]() |
Panas terik mentari :mata Iah terlalu sepet menahan cahaya |
![]() comel ikah,comel teddybear putih tu... |
![]() | |
|
No comments:
Post a Comment