........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Monday, August 22, 2011

Perasaan Alina



Cerita ini tiada kaitan dengan makhluk yang hidup ataupun mati



    Pergi sekolah,gogok gigi lalala...eh mana boleh gosok gigi nanti makhruh puasa.Sekarang ni bulan puasa.Apapun terpulang.Eh apa yang dimerepekkan ni.



....Mukaddimah...

   Assalamualaikum....tok..tok..tok..(tangan tidak mengetuk pintu tapi mulut yang sebut tokx3).Alina masuk ke kelas dengan wajah yang ceria meria tanpa masam macam.Sudah lama dia tidak masuk ke kelas itu semenjak dia digesa berpindah ke kelas lain untuk menjalani pembedahan.Oppp...menjalani peperiksaan.Hari ini dia sudah mengetahui dan meyakini bahawa keputusan peperiksaan bagi subjek yang diambil akan diberitahu hari ini.Jantung Alina berdebar-debar menanti saat yang ditunggunya seperti ingin jatuh disambut tilam empuk pula.


  Alina hanya mampu bertawakal setelah berusaha mengulangkaji last minutes.Dia melihat kelibat guru pada masa pertama yang belum muncul.Dia bernafas laju dan mencuri masa untuk berdengus.Dia tidak sabar.Akhirnya guru pertama datang dengan wajah yang masam asam jawa.Alina melihat gurunya dan terus mengeluarkan tisu didalam poket takut-takut gurunya menangis,dia akan menangis juga.



  "Assalamualaikum murid-murid".Lantas guru bahasa melayu yang bernama Aminah memulakan salam.Murid-murid menjawab dengan semangat.Menjawab salam adalah satu kewajipan.

  "Okey...semua boleh duduk ".Suara cikgu Aminah lain macam bunyinya.Alina cuba menahan daripada berprasangka.Cikgu Aminah membelek-belek kertas peperiksaan.Alina mula bimbang akan keputusannya.Dia terbayang akan amaran daripada maknya.

  "Alina,kamu mesti dapat A untuk subjek bahasa melayu.Kalau tak dapat A,Mama akan hantar kamu ke kelas belajar bahasa India di Calcullta.Mama serius ni..."


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment