........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Wednesday, March 16, 2011

Buku Yang Diminati Mac 2011




Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.









Kini, sesiapa saja dapat menghasilkan foto yang hebat dengan teknik HDR. Melalui teknik pengubahsuaian mengambil gambar dan menggunakan aplikasi mengedit secara digital, foto biasa berubah menjadi luar biasa.
Dengan teknik ini, kelemahan kamera digital yang sukar merakam imej berkontras tinggi dapat diatasi. Setiap perincian pada objek dapat dirakam dengan baik. Tidak wujud foto HDR yang menampakkan bahagian yang terlalu gelap ataupun bahagian cerah yang keterlaluan.
HDR sangat sesuai diaplikasikan pada foto landskap, terutamanya apabila terdapat perbezaan terang-gelap yang begitu ketara. Teknik ini juga sesuai digunakan dalam segmen fotografi lain seperti senibina dan potret. Apa yang penting,  adalah imaginasi anda. Selamat berimaginasi!


Peminat Photography





Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan?

Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya.

Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persi
apan yang rapi.

"Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan?  Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?"
Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal.
Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. 
Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.
Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.
Faisal Abdurrahman adalah pelajar PhD jurusan Bioteknologi di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Acheh, Serambi Makkah, Indonesia dan aktif dalam penulisan agama di sana.  



Minggu kedua pada tahun ini bermulanya sesi persekolahan. Oh, sudah seminggu saya menjadi murid tahun lima. Saya sudah membuat perancangan awal. Saya mahu menulis diari apabila saya sudah masuk tahun lima. Sebenarnya, minat saya menulis diari ini muncul selepas saya membaca beberapa buah novel PELIT. PELIT? Ya, PELIT. Bukannya PELIK walaupun bunyinya memang pelik. Apa itu PELIT? PELIT ialah ringkasan ‘PErsonal LITerature’ yang bermaksud, jurnal peribadi seperti yang saya buat dalam buku 555 yang baru dibeli ini.


No comments:

Post a Comment