........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Saturday, February 26, 2011

Kita ini sebagai hamba..

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata: "Manusia tidak boleh dinilai daripada banyak bilangannya atau besar ukuran tubuhnya. Maka begitu jugalah umur manusia, tidak seharusnya dipandang daripada panjangnya (hidup) kerana kadang-kadang manusia diberi umur panjang tetapi tidak ada berkatnya. Manakala ada orang yang singkat usianya tetapi dapat berbuat banyak, melakukan pelbagai kebajikan, dan malah melakukan amal yang terbaik."







Jadi gunakan sebaiknya peluang 'pinjaman' nyawa yang Allah berikan dengan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan hampir setiap hari. Bagaimana sekiranya nyawa dicabut ketika kita sedang melakukan dosa dan maksiat? Nauzubillah
.




Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." (Surah al-Mukminun ayat 3).

Berdasarkan ayat di atas setiap Mukmin yang mendapat kemenangan adalah mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah, mengeluarkan zakat hartanya, memelihara kehormatannya, amanah, menepati janji, menjaga waktu sembahyangnya. 

No comments:

Post a Comment