........Kita bukan remaja, tetapi PEMUDA.......

Popular Posts

Monday, November 29, 2010

4 golongan manusia

Assalamualaikum pembuka bicara
petang tadi saya lawan badminton ngan adik saya saya kalah
sebab saya kurang mahir
mungkin perlu tingkatkan
tadi pula saya menonton sebuah rancangan sambil membaca buku
apabila ada iklan sahaja,apalagi saya teruslah mengambil kesempatan untuk membaca buku sains
itulah dikatakan masa yang diurus dengan bijak...kan
apa yang saya dapat dalam isu perbincangan tentang dimana kanak2 pintar di Malaysia
saya berpandangan bahawa kanak2 pintar
ada dimana2 sahaja cuma
kita tak tau kat mana pintarnya
kalau kita cuba cari dimanakah dia menyorok dengan kerja keras kita
tidak mustahil adalah sikit2 penemuannya
apa yang saya cakap ni saya pun tak taulah
tapi ini pandangan saya 
apa pula pandangan anda?
.............................................................................................
kat situ banyak lah perbincangannya
lepas tu,saya solat isyak dalam pukul 1100
maklumlah
harini lambat sikit saya tidur
saya terjumpa satu buku di atas almari yang bertajuk semarak
dah lama dah rasanya buku tu
mungkin ayah ngan mama punya kot
pastu kat buku tu ada kata kata 
saya minat ngan kata 2 tu sebab entahlah ....unik
Inilah Kata Katanya

jom renung dan tenung,dan jangan termenung pula sambil menenun

manusia terbahagi kepada 4 golongan
manusia yang tahu
dan dia tahu bahawa dia tahu
maka dia adalah orang yang berilmu
dan layak jadi pemimpin

manusia yang tahu
tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu
maka dia sedang tidur dan perlu dibangunkan

manusia yang tidak tahu
dan dia tahu bahawa dia tidak tahu
maka dia perlu dibimbing
agar dia segera cergas dan cerdas

manusia yang tidak tahu
dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu
maka haruslah dijauhi

siapa yang tidak faham sila baca 3 kali berturut2
InsyaAllah ...fahamlah ia....
itu saja ...Wassalam

No comments:

Post a Comment